Recent Posts

Ketahui rahsia kelapa dara @ http://rahsiakelapadara.blogspot.com/

Search

Mar 11, 2011

NEWTON


Hukum Newton memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Boleh dikatakan setiap pergerakan manusia melibatkan hukum-hukum tersebut. Hukum Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan pegun atau terus bergerak dengan halaju seragam dalam satu garisan lurus sehinggalah ada suatu daya luar bertindak terhadapnya.
            Hukum Newton Kedua pula menyatakan perubahan terhadap gerakan adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan dan dalam arah garisan lurus di mana arah daya itu dikenakan. Jadi, jelaslah bahawa Hukum Newton Pertama berkaitan dengan hukum Newton Kedua.
            Hukum Newton Ketiga pula menyatakan bahawa setiap tindakan (aksi) sesuatu objek akan terdapat satu tindakbalas (reaksi) yang sama magnitud tetapi dalam arah yang bertentangan. Hukum ini juga digunakan dalam teknologi angkasa lepas untuk melancarkan roket. Begitu juga dengan kapal terbang yang mengenakan aksi pada sayap manakala angin pula memberi reaksi bertentangan kepada kapal terbang untuk terbang tinggi.

Instrumentasi

Definisi Terminalogi: Instrumentasi (instrumentation)
Merupakan sejenis alat (tool) yang digunakan untuk mengukur dan mendapatkan data secara saintifik dan sistematik. Data yang dikumpulkan berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperolehi oleh pengkaji digunakan untuk dianalisis bagi menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan. Ahmad Hashim ( 2004) menyatakan instrumen merupakan alat ujian yang digunakan untuk mengukur dan menilai maklumat. Insrtumen yang digunakan mestilah mempunyai komponen kebolehpercayaan, objektiviti dan kesahan. Penggunaan instrumen yang piawai secara berterusan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Jika instrumen yang digunakan tidak mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifan yang lemah ia akan memberi dapatan dan keputusan ujian yang boleh dipertikaikan. Mengikut Johnson dan Nelson (1986) secara umumnya terdapat 4 aspek penting dalam pemilihan dan pembinaan instrumen iaitu:
i. Kesahan
ii. Kebolehpercayaan
iii. Objektif
iv. Norma
Next Posts :Ujian Makmal (Laboratory Testing),Ujian Lapangan (field Testing),Bateri Ujian (Test Battery),Pemerhatian Sistematik (Systematic Obsservation),Instrumen Untuk Tinjauan (survey Instruments) @ dapatkan nota penuh secara percuma di

http://www.ziddu.com/download/5416763/asignmnt_1.doc.html

Fasa Pegangan Peluru

Fasa Pegangan Peluru (Grip):

Cara memegang peluru boleh dibahagikan kepada dua.
Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru.
Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru.
Fasa Lakuan Sedia (Preparation)


Lungsuran (Glide)



Lontaran (Delivery Phase)

Dalam fasa lontaran yang pertama ini ianya membantu mengekal kelajuan lontaran dan menyediakan posisi untuk lontaran.

Dalam fasa lontaran kedua ini pula objektif utamanya ialah untuk memindahkan daya kelajuan yang dihasilkan oleh pelontar ke sasaran.

Dalam fasa ini objektif yang sama seperti di bahagian dua di mana dalam fasa ini pelontar melengkapkan pergerakan tangan hingga selesai

Pulihan (Recovery)
Dalam fasa ini tujuan utama pergerakan akhir pelontar ialah untuk menstabilkan posisi dirian setelah lontaran dibuat. Fasa pulihan ini juga membantu mengelak pelontar dari terbatal.

Jan 30, 2011

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Menopaus Vs Andropos

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Menopaus Vs Andropos: "Apakah itu Andropos?Andropos juga dikenali sebagai ADAM (Penurunan hormone androgen dikalangan lelaki berusia). Ia adalah fenomena yang ham..."

Jan 22, 2011

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Sifilis

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Sifilis: "Sifilis 1.Sifilis jarang berlaku tetapi ia lebih berbahaya daripada gonorea. a.Sifilis disebabkan oleh sejenis organisme berbentuk lingka..."

Jan 15, 2011

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Lontar peluru

Zaireey@Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: Lontar peluru: "Dalam acara lontar peluru ini ianya bukan hanya berharap kepada kekuatan semata-mata tetapi ianya merupakan gabungan di antara kekuatan..."

Nov 25, 2010

Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR: "Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pe..."

Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pendidikan Jasmani Dan Sains Sukan: DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR: "Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergeraka..."

LABELS

3 Minute Step Test Protocol abdomen ability ACL Active ROM Active-Assisted Range of Motion Aero anatomy and Endurance Anemia Application of Force and Momentum Atomic crisis deepens in disaster-struck Japan Badminton Based on Age Beep Test biomechanic biomechanic sports therapist BMI calsium Carbohydrate carbohydrates Centripetal and Centrifugal Forces Cervical cancer CHELSEA Coaching Concept and Definition Content Validity Diet dietician Don't Cry for Me Argentina doping Environmtal Education Exercise Exercises Extensibility and Elasticity face validity Factors Affecting Muscular Force Generation Fasa Pegangan Peluru Fifa World Cup 2010 Fight the Swine Flu with Virgin Coconut Oil Fitness Tests food Force Fruits Futsal Field Dimensions General Training Tips Genome gout heat stroke Hockey How does the human body move How to use a metronome imagery influenza injury Instrumentasi Italy Jumpers Knee (Patellar tendinopathy) ligament MALAYSIAN Marco Simoncelli measurement mental skill Micronutrients Microorganism and virgin coconut oil minerals motivation motor control multistage fitness test muscle Muscular Strength NEWTON Nomenclature nutrition obesity overweight PACER Pacer test Passive ROM physical education PHYSICAL FITNESS physiology positive thinking Power Protein psychology Range of motion Ratings for Men Ratings for Women relaxation Ribonuclear Proteins Robert VITTEK shuttle run test Slovakia sport psychologist SPORTS INJURIES sports journals sports science sports science and Physical Education spots Stability and Balance Step Up Fitness Test stress management Stretching subjective judgment.sports science Tblisi Declaration 1977 tendon TENNIS HISTORY Tests The 3-Minute Step Test The 3-Minute Step Test Scoring The Belgrade Charter the nervous system THE REPRODUCTIVE SYSTEM Umum uric acid Validity Vegetables Virology Morphology Vitamins VO2 max Volleyball spiking Drills What is the A (H1N1) influenza? YMCA 3-minute Step Test yo-yo Yo-Yo Endurance Test YoYo
Saya tak akan bertanggungjawab!

BlogCatalog