Hukum Newton memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Boleh dikatakan setiap pergerakan manusia melibatkan hukum-hukum tersebut. Hukum Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan pegun atau terus bergerak dengan halaju seragam dalam satu garisan lurus sehinggalah ada suatu daya luar bertindak terhadapnya.
Hukum Newton Kedua pula menyatakan perubahan terhadap gerakan adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan dan dalam arah garisan lurus di mana arah daya itu dikenakan. Jadi, jelaslah bahawa Hukum Newton Pertama berkaitan dengan hukum Newton Kedua.
Hukum Newton Ketiga pula menyatakan bahawa setiap tindakan (aksi) sesuatu objek akan terdapat satu tindakbalas (reaksi) yang sama magnitud tetapi dalam arah yang bertentangan. Hukum ini juga digunakan dalam teknologi angkasa lepas untuk melancarkan roket. Begitu juga dengan kapal terbang yang mengenakan aksi pada sayap manakala angin pula memberi reaksi bertentangan kepada kapal terbang untuk terbang tinggi.
No comments:
Post a Comment